Thursday, October 15, 2009

Virus @ lanun beranak pinak!




Virus komputer adalah sesuatu yang menyusahkan pengguna komputer.Semenjak aku mempunyai komputer,virus telah merosakkan windows aku 10 kali dalam masa lebih 10 tahun.Merosakkan RAM aku dua kali.Merosakkan sound card aku sekali dan hard disk aku pun rosak sekali!habis ribu riban video kesayangan aku hilang!
Berikut sejarahnya yang dipetik dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Virus_komputer :

Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.

Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.

Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Kedua-dua ini berbeza dari segi bahawa cecacing boleh merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai sebahagian fail perumah, manakala kuda Trojan adalah fail yang kelihatan tidak berbahaya sehingga dilaksanakan. Berbeza dengan virus, kuda Trojan juga tidak memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain.

Banyak komputer peribadi kini dihubungkan dengan internet serta rangkaian kawasan setempat dan dengan itu, memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem Jaringan Sejagat, e-mel, dan pengongsian fail untuk merebak dan dengan itu, mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula, sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai mana-mana bentuk perisian jahat penyalinan diri.

English :http://en.wikipedia.org/wiki/Computer_virus

Mengikut khabar-khabar angin yang entah benar binti tidak,virus kadangkala dicipta oleh sesetengah syarikat perisian antivirus supaya mereka mendapat lebih ramai pelanggan.Sama ada cerita ini betul atau tidak,ntahlah krn tidak pernah dikeluarkan oleh mana-mana berita atau majalah.Malah CNN dan Asiaweek pun tidak dapat mengesahkannya.

Walau apa pun,kewujudan virus memang menyusahkan ramai pengguna internet.Malah ia membawa banyak masalah.Kadangkala fail yang ingin dimuatturun ialah buku,namun yang wujud ialah virus.....

Mereka menggunakan pelbagai nama,cara untuk merosakkan komputer.Jika program dan windows rosak,ia mungkin boleh diformat dan install semula,namun ada virus yang jahat binti kejam yang boleh merosakkan hard disk,RAM n sedara maranya....Maka terpaksalah membeli komponen tersebut....

Mengikut laman web ini,anda boleh memilih mana-mana antivirus terbaik demi keselamatan pc anda:
http://anti-virus-software-review.toptenreviews.com/

Mengapa pencipta virus tidak dapat ditangkap?

Baca sini
http://www.helium.com/debates/91494-should-computer-virus-writers-go-to-jail/side_by_side?page=4

http://stason.org/TULARC/security/computer-virus/13-What-are-the-Legal-Implications-of-Computer-Viruses-USA.html

Sepatutnya dunia mempunyai undang-undang dan akta seragam untuk menghukum pencipta virus demi kesejahteraan pengguna internet n pc.

Namun jika tiada virus,maka akan bangkraplah tauke-tauke perisian antivirus....
huhuuuuuuuuuu

Kenali virus dan saudara maranya:
http://www.viruslist.com/

Virus juga mempunyai teman sehidup semati seperti trojan,spam,spyware dll........

Tips :

1.Gunakan perisian antivirus terbaik.
2.Sentiasa update dan scan virus.
3.Scan semua fail dalam komputer,pen drive,kamera,telefon n dll...
4.Berhati2 memuatturun fail dan video kerana dikhuatiri ada virus
5.Jangan add orang tak dikenali melalui Yahoo messenger.
6.Elakkan menghantar fail dan menerima fail melalui Yahoo messenger.Sebaiknya gunakan emel krn ia akan discan automatik oleh norton antivirus(bg pengguna yahoo emel).
7.Dapatkan nasihat pakar.
8.Pelbagaikan bacaan seperti Majalah PC,PCworld dll untuk menambahkan pengetahuan ttg virus dll.
9.Jangan jadi pencipta virus,spam dll.
10.Gunakan McAfee site advisor apabila ingin membuka sesebuah laman web.Jika ada tanda merah,janganlah buka.Buka yang ada tanda hijau sahaja.Perisian ini adalah percuma.Muatturun percuma .
Lawati http://www.siteadvisor.com/