Monday, October 19, 2009

Membina sebuah pc yang serba kekurangan...

Al kisah seorang kawan baik aku bagi "pinjam" sebuah pc yang kurang sempurna...Dengan casingnya yang hilang sebelah penutup,Ram tercabut mabut,tiada hard disk dan terlalu banyak kekurangan..
Maka bertungkus lumus aku mencari-cari peralatan dan apa-apa yang kurang kemudian mula membinanya...Siang bin malam...3 hari terkebil2 melihat peralatan dan kabel2...
Apa yang menghairankan,CD rom x berfungsi..apabila ditanggalkan kabel dari hard disk maka ia berfungsi...Pelik betul Pc nih....macam mana aku nak format nih???
Setelah melah gagal menemui jawapan yang sepatutnya (al maklum aku bukan lulusan Universiti PC bte internet),aku google masalah yang dihadapi.
Macam2 petua bin tips diberikan.Ada yg bagi cara cabut hardware,ada yang suruh tukar kabel,ada yang kata hard disk rosak,hah?hard disk aku baru beli maaa....
Setelah berhempas pulas mulas,akhirnya menemui jawapan setelah mencuba semua tips yang diberikan.
Mujur ada internet...kalu tak,ntah apa ntah akan jadi...Akhirnya Pc yg kureng dah siap sepenuhnya.Aku bertungkus lumus mulus disamping uncle aku dari Seremban nih lena dibuai mimpi ntah apa-apa mimpi....Mungkin penat sepanjang hari menguruskan pengebumian ibu tersayang yang juga nendaku tersayang....AlFatihah buatnya.
Alhamdulillah,ia berjaya diformat dan semua perisian selamat dipasang.Pc ini akan menaiki sebuah kereta berjenama Honda dan akan bermastautin di Seremban dan akan berteman dengan Pc yang lebih canggih di sana...
Selamat jalan Pc!Akhirnya usaha aku dapat dimanfaatkan orang lain.Penat bte letih jangan cakaplaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........Penat fizikal bte mental!