Wednesday, August 18, 2010

Layari Internet dengan rangkaian TV

Bermula dari rekaan barisan televisyen Plasma pada tahun lalu, Panasonic kini melangkah maju dengan menghasilkan produk terbaru yang lebih menarik.

Pengguna kini tidak lagi perlu ke meja komputer untuk melayari Internet ketika menonton televisyen.

Melalui siri televisyen Viera Cast 2010 dan teknologi NeoPDP pengguna kini hanya perlu menukar siaran televisyen mereka kepada mod penggunaan Internet.

Melalui Viera Cast 2010 pengguna turut boleh mengakses laman web sosial seperti Skype dan Twitter dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh televisyen tersebut.

Di samping itu, pengguna juga boleh mengakses laman web hiburan seperti YouTube, Google, Picasa, Google's Web Album, Bloomberg dan servis cuaca.

Selain itu, barisan oplasma HDTV Viera Cast 2010 mempunyai empat kali lebih kecekapan luminasi.

Ia juga memaparkan Viera Link untuk meningkatkan rangkaian dan SD Link bagi tontonan digital dan video AVCHD.

Rangkaian Viera 2010 membuktikan teknologi NeoPDP mampu menapis warna hitam melalui panel kecekapan yang lebih tinggi, membolehkan ia menjadi seimbang di bawah persekitaran terang.

Manakala panel terbaru, infinite black mengurangkan pantulan dan memberi kesan gambar yang lebih terang dengan kontras tinggi dalam persekitaran yang cerah.

Tambahan lagi, struktur panel baru dan teknologi kawalan pra-discaj memberi kesan pada tahap kontras terhad asli.

Panasonic juga terus bekerjasama dengan THX dengan beberapa model yang disahkan daripada syarikat yang diasaskan oleh penerbit filem George Lucas.

Menurut Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Jeff Lee, selain pembaharuan teknologi lain, kecekapan kuasa kini lebih baik melalui campuran fosforus dan elektronik yang lebih efisien.

"Dalam ke semua kelebihan pembaharuan ini, pengguna paling berminat tentang kualiti gambar.

"Tanpa diragui lagi televisyen plasma dan LCD Panasonic pasti memberi kualiti gambar terbaik," katanya.

Tambah Jeff, dengan adanya teknologi terkini Panasonic telah beralih dari televisyen hitam putih ke televisyen berwarna ke televisyen digital dan ke televisyen definasi tinggi.

"Dengan pengenalan kepada HD Penuh 3D dalam saiz skrin dari 50 inci sehingga 65 inci, Panasonic memberi kepuasan menonton televisyen di rumah.

"Sekarang dengan 3D, Panasonic menjadikan televisyen yang lebih realistik.

"3D terbukti mempunyai kesan yang tinggi dan kami yakin ia akan beralih ke barangan elektronik pengguna," ujarnya.

Semua televisyen plasma dan LCD Panasonic mempunyai VIERA Link iaitu satu teknologi yang menggunakan HDMI-CEC (Kawalan Elektronik Pengguna) bagi memudahkan operasi semua komponen yang sesuai.

Lebih mudah, ia boleh di akses dengan menggunakan dengan menggunakan alat kawalan jauh dan menu pada skrin.

Selain operasi televisyen LCD dan plasma, pemain video seperti (Blu-ray dan pemain DVD) serta penerima set home theater, Viera Link membolehkan operasi rangkaian kamera yang sesuai apabila memerhati kawasan dalam rumah atau bilik kanak-kanak.

Rangkaian televisyen ini terdiri daripada siri VT (3D), V, U, A, X, D dan C dalam kategori televisyen plasma mahupun LCD.

sumber : Utusan