Thursday, October 15, 2009

Akta dan undang-undang hak cipta

Pembekal Miliki Perisian Cetak Rompak Didenda RM14,000

PETALING JAYA, 13 Mac (Bernama) – Seorang pembekal perisian komputer didenda RM14,000 atau 12 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah memiliki enam salinan langgaran (cetak rompak) program komputer milik Syarikat Microsoft Corporation (Microsoft) bernilai RM3,600, bulan lepas.

Wong Chea Yuen, 28, dari Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, didakwa memiliki tiga salinan langgaran program komputer berjudul Microsoft Windows XP Professional dan tiga salinan langgaran Microsoft Office Professional Edition 2003 tatkala hak cipta masih wujud bagi Microsoft.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Syarikat Acute IT Resources, Unit 21, Digital Centre, F2-39 (B), Sunway Pyramid di sini, kira-kira 4 petang, 15 Feb lalu.

Wong yang memakai kemeja putih dan berseluar jeans biru didakwa mengikut Seksyen 41 (1)(d) Akta Hakcipta 1987 dan dihukum mengikut Seksyen 41 (1)(i) akta yang sama yang membawa hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Wong merupakan individu pertama di negara ini dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 41 (1)(d) Akta Hakcipta 1987 kerana menjual komputer yang mengandungi perisian cetak rompak dan tidak berlesen.

Mengikut fakta kes yang dibentangkan oleh Pegawai Pendakwa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) Nurul Syarina Md Anuar, pegawai penguatkuasa KPDN&HEP yang memeriksa premis perniagaan Wong mendapati dia gagal mengemukakan lesen bagi penggunaan program komputer terbabit bagi tujuan perniagaan.

Sebanyak tiga buah Unit Pemprosesan Pusat (CPU) telah disita dan akuan penyitaan telah dikeluarkan kepada tertuduh dan ditandatangani olehnya.

Seterusnya pada 21 Feb lepas, wakil dari Microsoft telah membuat pemeriksaan ke atas ketiga-tiga CPU yang disita dan mendapati ia mengandungi program komputer tanpa lesen.

Akuan Berkanun daripada Microsoft mengesahkan bahawa Wong tidak mempunyai milikan hakcipta bagi tajuk-tajuk program komputer berkenaan.

Terdahulu, semasa merayu kepada Hakim Nurmala Salim untuk hukuman ringan, Wong yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan denda minimum kerana dia baru mengambil alih perniagaan tersebut daripada rakan kongsinya beberapa bulan lepas.

Tertuduh berkata dia juga perlu menanggung bapanya yang telah bersara dan dua adik yang masih belajar.

PULAU PINANG, 4 Sept (Bernama) -- Sebanyak 25 unit komputer daripada tiga syarikat yang disyaki menggunakan perisian cetak rompak bernilai RM898,800 dirampas dalam tiga serbuan di Bayan Lepas dan Prai pada Rabu dan Khamis lepas.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) Guna Selan Marian berkata dalam serbuan itu seorang pengarah dan dua pengurus syarikat ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata dalam serbuan pertama pihaknya menyerbu sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan komunikasi dan wayarles dan syarikat pemaju hartanah di Bayan Lepas.

"Hasil pemeriksaan mendapati empat komputer mempunyai 43 perisian cetak rompak bernilai RM131,600 dan dalam serbuan ke atas sebuah syarikat pemaju hartanah sebanyak lapan komputer yang mempunyai 154 perisian cetak rompak bernilai RM631,400 dirampas," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Guna Selan berkata pada serbuan ketiga di syarikat pengeluar produk audio di Prai, KPDNKK merampas 55 perisian cetak rompak dalam 13 komputer bernilai RM135,800.

Katanya pengarah dan pengurus kanan syarikat yang terbabit itu ditahan mengikut Akta Hak Cipta 1987. Mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

-- BERNAMA

Demikian berita tentang hukuman dan akta hak cipta....Menggunakan perisian cetak rompak (pirate) adalah salah di sisi undang-undang negara dan dunia.Walaupun hukuman adalah berat namun masih ramai pengguna komputer menggunakan perisian cetak rompak.

Berikut beberapa komen pengguna seluruh dunia:

1.Original software mahalla.....
2.Cetak rompak lebih murah...
3.Saya tak mampu beli la....
4.Saya pelajar,mana mampu beli....
5.Saya banyak duit tapi ada yg pirate,guna ajalah....

Memang diakui,perisian original dan asli adalah mahal,namun pengguna terpaksa membeli jika mahu menggunakannya demi keselamatan dan tidak mahu dikenakan hukuman mengikut akta hak cipta.

Di sini harga perisian original mengikut Amazon.com (harga mengikut usd dolar USA)

1.Microsoft Windows XP Home Edition FULL VERSION with SP2
$249.99.

2.Microsoft Office 2003 Professional (Windows XP)
$399.50.

3.Microsoft Windows XP Professional Full Version with SP2
$264.99

4.Nero 9 (Windows Vista / XP)
$54.99

5.Adobe Photoshop Elements 7 [OLD VERSION] - CD-ROM - Windows Vista / XP (Oct 13, 2008)$70.00

6.Norton Antivirus 2009 3User (Windows Vista / XP)
$44.49

7.Kaspersky Antivirus 2009 - 3 User Edition (Windows)
$69.99

8. Adobe Creative Suite 4 Design Premium Student Edition (Windows Vista / XP)
$349.99

9. Corel Paint Shop Pro Photo X2 Ultimate & VideoStudio Pro X2 Bundle (Windows Vista / XP)$94.49

10. Xilisoft DVD Ripper Platinum $49.95

11. Registry Utilities Professional (Windows 2000 / Vista / XP)
$25.99

12.Microsoft Office Professional 2007 FULL VERSION (Windows Vista / XP)
$374.98

13.CorelDRAW Graphics Suite X4 [DVD] (Windows Vista / XP)
$257.99

14.Encyclopedia Britannica 2009 Deluxe (Windows 2000 / XP Home Edition / XP Professional)$32.99

Demikianlah harganya perisian yang paling banyak digunakan pengguna komputer seluruh dunia..................