Friday, October 23, 2009

Hadiah Najib untuk rakyat-Bajet 2010

CUKAI
* Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun pada 2010 hingga 2012. -Bajet 2010

Jalur lebar berkelajuan tinggi mulai 2010

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Perkhidmatan Internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dijangka ditawarkan kepada pengguna mulai pertengahan tahun depan.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, ketika ini Syarikat Telekom Malaysia (TM) sedang melakukan ujian menyeluruh terhadap perkhidmatan HSBB yang dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

“Kerja-kerja fizikal bagi pelaksanaan infrastruktur rangkaian akses ke 22 rangkaian ibu sawat TM di seluruh negara telah dilakukan dan ia dijangka siap berperingkat-peringkat.

“Empat ibu sawat yang terdapat di Bangsar dan Taman Tun Dr. Ismail (di Kuala Lumpur) serta Shah Alam dan Subang Jaya (Selangor) dan akan dijadikan ibu sawat percubaan untuk menguji keberkesanan teknologi rangkaian akses,” katanya.sumber:Utusan

Semoga harga langganan jalur lebar internet semakin murah dan kelajuan semakin meningkat!

Aku menggunakan produk Celcom broadband RM98 sebulan kelajuan sehingga 4mpbs...,namun penggunaan hanya dibenarkan sebanyak 5gig sebulan....apabila penggunaan maksimum,maka kelajuan menjadi 300kbs sahaja..memang naik angin!

TM streamyx adalah lebih baik kerana tiada had maksimum,namun ia tidak boleh dibawa ke mana-mana.....