Tuesday, October 20, 2009

Blog



Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas:
Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.
Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."
Pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog, sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007-Tamat

AKu mempunyai banyak blog..blog tentang buku,tentang bangsa,tentang internet,tentang kehidupan,keluarga dan sebagainya.
Aku membina blog untuk kawan-kawan dan penggemar internet.Aku juga membina blog untuk menwar-warkan bidang kerja dan hasil tulisan aku.

Setiap manusia perlu mempunyai blog.Blog adalah catitan dan cetusan pendapat,pendirian dan apa-apa sahaja yang disukai mahu pun dibenci.Manusia berhak menulis blog asalkan ia tidak mencetus konflik dan menyalahi undang-undang...

Kepada individu yang ingin membuat blog dan tidak mempunyai kemahiran,pelajari tutorial yang diajar dalam blog ini:

http://panduanpemblog.blogspot.com/

Antara blog yang mencatat rating pengunjung paling ramai ialah blog Tun Dr Mahathir.Walaupun baru sebulan dilancarkan,pengunjung yang melayarinya telah berjumlah 1 juta pengunjung.Mengikut statistik pengunjung,setakat ini 19 juta pengunjung telah melayari blog beliau.

Blog beliau adalah : http://chedet.co.cc/chedetblog/



Layan............