Thursday, November 4, 2010

Maksud shareware

Perisian shareware ialah perisian di mana pengguna boleh menggunakan perisian tersebut dalam tempoh masa tertentu sahaja. Sama dengan perisian freeware; perisian shareware adalah percuma, bebas digunapakai oleh sesiapa sahaja, boleh diedar tetapi hanya boleh digunakan dalam jangkamasa tertentu. Mungkin seminggu, 10 hari, 30 hari atau berapa hari sekalipun mengikut kehendak pencipta perisian tersebut.

Selepas tamat tempoh percubaan (trial period), perisian shareware biasanya tidak boleh digunakan lagi. Jika masih berminat menggunakan perisian shareware berkenaan, pengguna perlu membayar sejumlah wang untuk mengaktifkannya kembali.

Perisian kongsi (atau Shareware di dalam bahasa Inggeris) merujuk kepada perisian komersial berlesen yang boleh dimuat turun secara percuma dan boleh digunakan sehingga had masa tertentu. Walau bagaimanapun, perisian sebegini boleh terus digunakan selepas lesennya dibeli.

Sesetengah perisian kongsi hanya membenarkan beberapa fungsi tertentu digunakan sebelum pengguna membeli lesennya. Fungsi penuh perisian akan dibenarkan selepas salinan perisian tersebut didaftarkan atau diaktifkan dengan lesen sah daripada pengeluar atau pembangunnya. Berbeza dengan freeware yang menyediakan fungsi penuh perisian.

sumber :Wikipedia dan lain-lain.