Friday, August 23, 2013

Telefon jadi CPU

Ubuntu dikatakan sudah bersedia dengan telefon pintar yang mampu beroperasi sebagai CPU penuh apabila disambungkan ke monitor.
Telefon yang menarik dari aspek rekaan itu disesuaikan dengan skrin 4.5 inci yang tahan lasak apabila ia menggunakan Sapphire Crystal dan bukannya gelas biasa. 
Ia mengguna pakai RAM sebanyak 4GB dan setoran dalamannya pada kadar 128GB manakala bateri pula menggunakan teknologi anod silikon bermakna lebih tenaga boleh dimuatkan dalam satu set.

Apabila ia dipasarkan kelak, pengguna mampu mendapat CPU paling kecil di dunia dan dijangka dijual pada harga RM1,800.
Foto
Ubuntu Edge

Ubuntu bukan saja menyokong sistem operasi­nya sendiri, tetapi juga beroperasi lancar pada Android.


SPESIFIKASI

Ubuntu Edge

Harga: anggaran RM1,800
OS: Dua OS sekali gus iaitu Ubuntu mobile OS dan Android
Mod: telefon, desktop
RAM: 4GB
Setoran: 128GB 
Paparan: 4.5 inci 1,280 x 720 HD 
Kamera: 8MP, 2MP di depan 
Rangkaian: LTE, dual-band 802.11n Wi-Fi, Bluetooth 4, NFC 
Dimensi: 64 x 9 x 124mm