Friday, August 3, 2012

KAMKORDER tahan lasak



KAMKORDER tahan lasak yang mampu berdepan cuaca hujan dan habuk diperkenal syarikat pengeluar produk elektronik Jepun, Panasonic Malaysia Sdn Bhd, untuk pasaran tempatan.

Menerusi model HX-WA20, kamkorder diperkenalkan bagi membolehkan pengguna menikmati rakaman di luar walau dalam apa jua keadaan.

Teknologi tersendiri yang digunakan Panasonic membenarkan kamkorder berkenaan WA20 mengoptimumkan proses rakaman dengan memastikan lembapan dan habuk tidak memasuki ke dalam kamera terbabit.
Lebih unik mengenai WA20 adalah sistem pengesan imej terkini Panasonic dan enjin peningkatan imejannya membolehkan rakaman dilakukan dalam persekitaran yang malap.

Umpamanya, ketika dalam suasana tertentu dan kurang cahaya rakaman visual dilaksanakan pada resolusi Definisi Tinggi (HD) 1920 x 1080 yang menarik.

Penggunaan sistem sudut luas 28 milimeter dan zoom pintar 15 kali memberikan tambahan terhadap kepelbagaian aspek rakaman.

Selain itu, ciri terbaru Mod Pergerakan Perlahan yang diperkenalkan pada kamkorder terbabit menawarkan rakaman visual lebih kreatif kepada pemiliknya.
Malah, bagi memastikan rakaman visual yang dihasilkan berbeza dengan produk pengeluar lain, Panasonic meningkatkan sistem penstabilan kameranya menerusi teknologi unik serta moden.

Ia dipertingkatkan menerusi kepada sistem empat garisan berbanding dua yang digunakan sebelumnya dalam memastikan imej yang dihasilkan tepat serta jelas.

Sekiranya WA20 hendak digunakan bagi rakaman acara sukan, pelbagai ciri sokongan disediakan bagi tujuan rakaman visual berkualiti tinggi.

Rekaan yang memberi tumpuan kepada penempatan butang navigasi mudah digunakan diketengahkan bagi memastikan ia lebih stabil walaupun dengan hanya menggunakan satu tangan.

Camcorder Full HD baru yang kalis air dan kalis debu direka untuk Penggunaan
Aktif dengan model: HX-WA20 / HX-WA2 / HX-DC2
Ciri-ciri utama untuk HX-WA20
i) reka bentuk yang kalis air hingga kedalaman 3-meter dan kalis debu untuk rakaman
aktif
ii) mod gerakan perlahan
iii) sudut kelebaran 28mm dengan 15x zoom pintar
iv) mod Panorama
v) HDR (kompensasi cahaya latar )(Backlight compensation, Paint)
vi) Rakaman letusan (burst shooting)
vii) MP4 / rakaman iframe
viii) Pemuatnaik terbina dalaman
x) rakaman gambar pegun 16 megapiksel
HX-WA20 dijual pada harga RM1299 dan boleh didapati dalam warna hitam dan
putih.

sumber :Berita Harian/blog/pansonic


maklumat lanjut :


http://panasonic.net/avc/camcorder/active/product/hxwa20/