Sunday, November 4, 2012

Internet 100MBPS pada RM999 hanya di Cyberjaya


Cyberjaya yang merupakan Hab Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) Nasional, melangkah setapak ke hadapan dengan menawarkan pakej kelajuan Internet pada 100Mbps dengan harga RM999 sebulan, menjadikannya sebagai satu-satunya kawasan di negara ini yang menawarkan kemudahan itu secara komersial.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pemaju induk Cyberjaya, Setia Haruman Sdn Bhd dan TIME dotCom Bhd, dengan kemudahan daripada Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) bekerjasama bagi menyambungkan 3,300 rumah dan 1,400 pejabat dengan 100 peratus rangkaian fiber optik yang membolehkan mereka menikmati kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi.


“MDeC dan Cyberview Sdn Bhd terus bekerjasama dengan Setia Haruman dan pihak berkepentingan yang lain bagi mengenal pasti keperluan perniagaan ICT yang khusus dan insentif MSC Malaysia untuk menggalakkan syarikat-syarikat beroperasi dari Cyberjaya dengan bakal pelabur untuk datang ke bandar itu.


“Kementerian menyokong penuh usaha sama seperti ini dan akan terus bekerjasama dengan Setia Haruman, Cyberview dan MDeC bagi meningkatkan kejayaan ahli perniagaan dan komuniti di Cyberjaya,” katanya semasa merasmikan Pameran dan Persidangan Infra Cyberjaya 2012 di sini, semalam.


Ongkili juga melancarkan projek ‘testbed’ atau ‘WIFI Cloud’, yang berdasarkan kepada seni bina rangkaian tanpa wayar dan merupakan penyelesaian inovatif bagi menyediakan generasi baru dalam ‘Managed Hotspot Services’ yang berupaya menilai khidmat yang ditawarkan kepada pengguna.


Beliau berkata ujian tiga bulan itu dijalankan di Cyberjaya bermula bulan ini dan sebaik ujian percubaan itu berjaya, lokasi strategik di sekitar Cyberjaya akan dipilih bagi pengeluaran awal.


“Dengan teknologi ini, anda boleh dihubungkan pada kelajuan tinggi tidak kira anda berada di mana-mana tempat di Cyberjaya. Ia merupakan mutiara bagi keseluruhan industri ICT,” katanya.


Ongkili berkata inisiatif projek itu adalah sebahagian daripada peranan MDeC bagi membolehkan dan menggalakkan teknologi baru dan yang baru muncul diguna pakai dalam kawasan MSC Malaysia terutama Cyberjaya.


Percubaan itu dijangka menyokong inisiatif jalur lebar kebangsaan dalam merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar dan bagi meningkatkan penembusan jalur lebar di kalangan penduduk.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDeC Datuk Mohd Badlisham Ghazali berkata dengan pakej kelajuan internet 100Mbps, syarikat-syarikat besar dan kecil kini boleh menikmati kemudahan internet berkelajuan tinggi.


Katanya sebelum ini, syarikat-syarikat itu perlu mempunyai talian sendiri yang khusus bagi mendapatkan kelajuan seperti itu dan hanya syarikat-syarikat multinasional mampu memilikinya.


“Khidmat ini amat penting kerana syarikat-syarikat yang beroperasi di Cyberjaya kebanyakannya terbabit dalam pemindahan fail, animasi, khidmat perkongsian, operasi global dan kolaborasi dengan rakan sejawat antarabangsa,” katanya. 


sumber — Bernama

Monday, October 29, 2012

Sunday, October 28, 2012

Pantau mainan komputer anak-anak

Pernahkah anda terjumpa anak kecil yang tidak suka bermain. Mungkin tidak. 

Sisi positif fakta ini adalah waktu bermain sebenarnya peluang untuk mereka belajar. Menerusi kegiatan ini, anak-anak belajar mengenali diri, persekitaran, orang lain dan dunia di sekeliling mereka. 
Menyedari anak-anak masa kini membesar dalam lingkungan dunia teknologi maklumat yang tiada sempadan, misi ibu bapa dalam hal-hal berkaitan keibubapaan tidak pernah berubah, cuma konteks saja yang berbeza. 


Ibu bapa kini berdepan cabaran yang lebih maju, moden dan cukup berbeza dengan suasana mereka dibesarkan suatu ketika dulu. Mereka perlu mempertimbangkan arah tuju dunia masa kini dan cara terbaik mempersiapkan anak-anak ke arah itu. 

Dalam dunia teknologi maklumat, segala-galanya berlaku secara talian terus - dunia yang menyediakan gerbang kandungan mengumpan dan menyeronokkan. 

Di situlah rakan-rakan dan juga kerja-kerja rumah diselesaikan. 

Ketika ibu bapa perlu menyeimbangkan antara pengalaman berlandaskan kenyataan dan dunia digital, mereka perlu mengenal bahawa teknologi berkembang setiap hari dengan kesan yang jelas ke atas cara anak-anak belajar. 
Jika dikaji, terdapat ratusan ‘games’ dan perisian permainan untuk kanak-kanak di pasaran. 

Sumbernya cukup mudah, cari saja di kedai buku mahupun kedai permainan, malah ia boleh di muat turun percuma selain berbayar. 

Langkah pertama dalam memilih perisian pendidikan untuk anak menimbangkan tujuannya. 

Program pendidikan perlu sesuai dengan usia dan dari segi pembangunan mental. Ia perlu mencerminkan pemahaman terhadap keperluan anak-anak dan perlu mendorong mereka untuk menyumbang berdasarkan pengalaman mereka sendiri. 


Perisian dengan rekaan grafik, warna dan bunyi yang menarik akan merangsang deria anak-anak dan hingga mula melahirkan minat. Perisian yang memerlukan tahap interaksi anak-anak yang tinggi, memberikan tindak balas yang terancang dan menyediakan pilihan yang memerlukan anak-anak untuk membuat pilihan akan menggalakkan minat untuk meneroka, imaginasi dan menyelesaikan masalah. Dan perisian yang mencerminkan dan dibangunkan berdasarkan apa yang anak-anak tahu akan mengekalkan minat mereka dan menggalakkan penggunaannya secara berulang. 


Permainan bercorak pendidikan dan perisian seharusnya menyokong kurikulum yang diajar di sekolah. Ia tidak menjadikan guru-guru atau sistem sekolah itu berlebihan. Sebaliknya, jika digunakan sebaiknya permainan komputer dan perisian merangsang persekitaran pembelajaran dan menyediakan konteks motivasi untuk pembelajaran. 


Teknologi pendidikan juga boleh digunakan untuk menggalakkan kanak-kanak mencipta kandungan berbanding hanya sekadar menggunakannya. 


Bagaimanapun, tidak semua teknologi pendidikan bersesuaian untuk anak-anak. Permainan komputer dan perisian berkonsep pendidikan dan hiburan (edutainment) tertentu tidak menambah kepada pengalaman pendidikan seorang kanak-kanak. 


Adalah penting untuk ibu bapa dan guru melihat previu semua perisian, sebelum membuat pembelian. 


Banyak juga program berbayar yang menawarkan waktu percubaan sebelum pelanggan komited untuk membeli. Terdapat juga banyak forum secara talian terus yang menawarkan ulasan kepada pelbagai jenis permainan pendidikan dan perisian di pasaran.

sumber : BERITA HARIAN 

Friday, October 26, 2012

SELAMAT DATANG WINDOWS 8

Windows 8 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 29 Oktober 2012



SELAMAT DATANG!

Hidden Subscribers ?


Monday, October 22, 2012

TWITTER HACKER

1.IA MENGHANTAR MESEJ 2.DALAM MESEJ ADA LINK 3.LINK TERSEBUT MEMINTA USERNAME DAN PASSWORD 4.USERNAME DAN PASSWORD KAMU DIAMBIL HACKER 5.HATI2................. HACKER DI MANA-MANA.............

Thursday, October 11, 2012

Removing Subscriber from Youtube