Tuesday, August 7, 2012

How to Put Music on your WordPress Blog

Monday, August 6, 2012

My new twitter





https://twitter.com/saatsulaiman


Twitttt................

Free YouTube Downloader



Free YouTube Downloader
Quickly and Easily Download Videos from YouTube
Download as MP3, M4A, MPEG, FLV & HD Formats
Listen on iTunes, Windows Media Player,
Mobile Devices & more


http://www.bestvideodownloader.com/

Yahoo Mail Digodam, Lebih 450,000 akaun didedahkan.


Yahoo mengesahkan bahawa pengkalan data mereka telah diceroboh oleh sekumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai 'D33DS Company' dan lebih 450,000 email berserta kata laluan dicuri dan didedahkan. Akaun ini dimiliki oleh pengguna Yahoo, Gmail, AOL, Hotmail, Comcast, MSN, SBC Global, Verizon, BellSouth dan Live.com.

Penggodam berkata, mereka mendedahkan maklumat ini hanya sebagai satu 'wake-up call'.

'We hope that the parties responsible for managing the security of this subdomain will take this as a wake-up call, and not as a threat.'


Mereka menggunakan teknik SQL Injection keatas satu subdomain Yahoo untuk mencuri data berkenaan.Namun, dimaklumkan hanya 5% daripada akaun tersebut yang masih dapat digunakan.

Senarai email yang digodam boleh dimuat turun di link tersedia dibawah -
Hipfile | Piratebay

Sedikit tips daripada pihak KH untuk anda, pastikan kata laluan anda unik, sukar diteka oleh orang lain dan lain kata laluan untuk laman web yang berlainan. Jika anda menggunakan kata laluan yang sama, anda hanya seperti menempah maut ..


sumber :

http://www.kenahack.com

Increase traffic by helping visitors share to Facebook, Twitter and other social sites


https://www.addthis.com/get/sharing?frm=hp#.UCC3b_ZlRTU

Friday, August 3, 2012

EVOLTA


KETIKA sedang khusyuk menggunakan gajet anda, kuasa baterinya pula habis. Anda pula tidak menyimpan bateri alkali baru mungkin kerana terlupa atau tidak sanggup membeli lebih kerana faktor kos. Situasi begini pastinya amat menjengkelkan.

Keadaan ini bakal berubah apabila Panasonic Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan produk bateri yang boleh dicas semula tetapi berkuasa, EVOLTA.

EVOLTA yang ditampilkan dalam saiz AA dan AAA bukan saja berkuasa setanding bateri alkali tetapi juga memiliki keupayaan pengecasan semula sebanyak 1,600 kali.
Sebagai pelengkap kepada bateri baru ini, Panasonic turut memperkenalkan kelengkapan pengecasan semula bagi kedua-dua saiz dengan tempoh cas antara dua, lapan hingga ke 10 jam.

Lebih menarik, teknologi bateri yang boleh dicas semula itu dapat membantu memulihara alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan bahan untuk membuat bateri serta pembuangan bateri lama.

Syarikat peneraju pasaran produk elektrikal dan elektronik tempatan itu mengakui bahawa faktor maklum balas memberangsangkan daripada jualan kelengkapan produk bateri yang boleh dicas semula menjadi pendorong kepada pengenalan bateri EVOLTA di negara ini.

Nama EVOLTA diambil daripada gabungan konsep evolusi dan voltan yang menjadi teras teknologi bateri baru ini yang menjadikan ia mampu tahan lebih lama.
EVOLTA dipasarkan dalam model HHR-3MVT/2B bagi saiz AA, HHR-4MVT/2B (AAA) dan HHR-3LVT/2B (AA) dengan harga di antara RM19.90 hingga RM35.90 setiap pek.

Kelengkapan pengecas semulanya ialah model BQ-CC09 dengan harga dari RM49.90 hingga RM149.90.

sumber : BERITA HARIAN

KAMKORDER tahan lasak



KAMKORDER tahan lasak yang mampu berdepan cuaca hujan dan habuk diperkenal syarikat pengeluar produk elektronik Jepun, Panasonic Malaysia Sdn Bhd, untuk pasaran tempatan.

Menerusi model HX-WA20, kamkorder diperkenalkan bagi membolehkan pengguna menikmati rakaman di luar walau dalam apa jua keadaan.

Teknologi tersendiri yang digunakan Panasonic membenarkan kamkorder berkenaan WA20 mengoptimumkan proses rakaman dengan memastikan lembapan dan habuk tidak memasuki ke dalam kamera terbabit.
Lebih unik mengenai WA20 adalah sistem pengesan imej terkini Panasonic dan enjin peningkatan imejannya membolehkan rakaman dilakukan dalam persekitaran yang malap.

Umpamanya, ketika dalam suasana tertentu dan kurang cahaya rakaman visual dilaksanakan pada resolusi Definisi Tinggi (HD) 1920 x 1080 yang menarik.

Penggunaan sistem sudut luas 28 milimeter dan zoom pintar 15 kali memberikan tambahan terhadap kepelbagaian aspek rakaman.

Selain itu, ciri terbaru Mod Pergerakan Perlahan yang diperkenalkan pada kamkorder terbabit menawarkan rakaman visual lebih kreatif kepada pemiliknya.
Malah, bagi memastikan rakaman visual yang dihasilkan berbeza dengan produk pengeluar lain, Panasonic meningkatkan sistem penstabilan kameranya menerusi teknologi unik serta moden.

Ia dipertingkatkan menerusi kepada sistem empat garisan berbanding dua yang digunakan sebelumnya dalam memastikan imej yang dihasilkan tepat serta jelas.

Sekiranya WA20 hendak digunakan bagi rakaman acara sukan, pelbagai ciri sokongan disediakan bagi tujuan rakaman visual berkualiti tinggi.

Rekaan yang memberi tumpuan kepada penempatan butang navigasi mudah digunakan diketengahkan bagi memastikan ia lebih stabil walaupun dengan hanya menggunakan satu tangan.

Camcorder Full HD baru yang kalis air dan kalis debu direka untuk Penggunaan
Aktif dengan model: HX-WA20 / HX-WA2 / HX-DC2
Ciri-ciri utama untuk HX-WA20
i) reka bentuk yang kalis air hingga kedalaman 3-meter dan kalis debu untuk rakaman
aktif
ii) mod gerakan perlahan
iii) sudut kelebaran 28mm dengan 15x zoom pintar
iv) mod Panorama
v) HDR (kompensasi cahaya latar )(Backlight compensation, Paint)
vi) Rakaman letusan (burst shooting)
vii) MP4 / rakaman iframe
viii) Pemuatnaik terbina dalaman
x) rakaman gambar pegun 16 megapiksel
HX-WA20 dijual pada harga RM1299 dan boleh didapati dalam warna hitam dan
putih.

sumber :Berita Harian/blog/pansonic


maklumat lanjut :


http://panasonic.net/avc/camcorder/active/product/hxwa20/